Tuesday, 11 December 2012

Contoh soalan pemahaman


1. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •       "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu!" tanya Zamri.
  •       "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu." tanya Zamri.
  •       "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu," tanya Zamri.
  •       "Bagaimanakah dia memperoleh buku itu?" tanya Zamri.

2. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •    Wah, tinggi sungguh menara kembar petronas!
  •    Wah, tinggi sungguh Menara Kembar Petronas!
  •    Wah! tinggi sungguh menara Kembar Petronas!
  •    Wah! tinggi sungguh menara kembar petronas!

3. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •  Dia, menyanyi dengan penuh semangat.
  •  Dia menyanyi dengan penuh semangat!
  •  Dia menyanyi dengan penuh semangat.
  •  Dia menyanyi, dengan penuh semangat.

4. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •   Terimalah hadiah ini sebagai tanda kenang-kenangan.
  •   Terimalah hadiah ini, sebagai tanda kenang-kenangan.
  •   Terimalah hadiah, ini sebagai tanda kenang-kenangan.
  •   Terimalah, hadiah ini sebagai tanda kenang-kenangan.

5. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •  Fatimah seorang doktor gigi.
  •  Fatimah, seorang Doktor Gigi.
  •  Fatimah seorang doktor, gigi.
  •  Fatimah seorang Doktor Gigi.

6. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •  Mereka gembira; kerana setelah beberapa kali mencuba, barulah kali ini mereka berjaya.
  •  Mereka gembira kerana setelah beberapa kali mencuba barulah kali ini mereka berjaya.
  •  Mereka gembira kerana setelah beberapa kali mencuba, barulah kali ini mereka berjaya.
  •  Mereka gembira, kerana setelah beberapa kali mencuba; barulah kali ini mereka berjaya.

7. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •   "Semua murid dikehendaki hadir petang ini," kata Cikgu Ramu.
  •   "Semua murid dikehendaki hadir petang ini!" kata Cikgu Ramu.
  •   "Semua murid dikehendaki hadir petang ini." kata Cikgu Ramu.
  •   "Semua murid, dikehendaki hadir petang ini," kata Cikgu Ramu.

8. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •   Aduh. Sakit sungguh lututku!
  •   Aduh, Sakit sungguh lututku!
  •   Aduh, sakit sungguh Lututku!
  •   Aduh, sakit sungguh lututku!

9. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •   Berapakah bayaran masuk, ke pesta itu?
  •   Berapakah bayaran masuk ke Pesta itu?
  •   Berapakah bayaran masuk ke Pesta itu.
  •   Berapakah bayaran masuk ke pesta itu?

10. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

  •   "Berapa orang? Adik-beradik kamu," tanya Abu.
  •   "Berapa orang adik-beradik? Kamu, tanya Abu".
  •   "Berapa orang adik-beradik kamu?" tanya Abu.
  •   "Berapa orang adik-beradik kamu, tanya Abu?"

i, tomato dan daging di Pasar Tani.

Melentur buluh biar dari rebungnya




Sunday, 2 December 2012

Penjodoh bilangan



Penggunaannya dan Contoh Ayat
1.  angkatan

  • Digunakan untuk kumpulan manusia dan benda seperti tentera, penulis, kapal, dan sebagainya.   
  • Contoh Ayat: 
  • Seangkatan penulis muda sedang berbengkel di dewan itu. 

2.  bidang  

  • Digunakan untuk benda-benda yang luas seperti tanah, tikar, layar, dan sebagainya.  
  • Contoh Ayat: 
  • Ayah Amiera memiliki empat bidang tanah di Kota 

3.   carik

  • Digunakan untuk benda-benda yang dikoyakkan seperti kertas, kain, dan sebagainya.   
  • Contoh Ayat: 
  • Secarik kain telah digunakan untuk mengesat luka adik. 

4.   cucuk

  • Digunakan untuk sesuatu yang dicucuk dengan lidi seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya.   
  • Contoh Ayat: 
  • Saya tidak termakan dua puluh cucuk sate yang dihidangkan oleh ibu Liza. 

5.   das

  • Digunakan untuk bunyi tembakan atau letupan seperti pistol, senapang, dan meriam   
  • Contoh Ayat: 
  • Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah sekumpulan pengganas bagi meredakan keadaan 

6.   iris

  • Digunakan untuk sesuatu yang dipotong tipis-tipis seperti daging, bawang, dan sebagainya.   
  • Contoh Ayat: 
  • Beberapa iris timun telah diletakan dalam pinggan sebagai hiasan. 

7.   kepal

  • Digunakan untuk sesuatu yang disukat dengan genggam tangan seperti pulut, nasi, dan sebagainya. Contoh Ayat: 
  • Ibu menyuapi adik sekepal nasi lembik. 

8.   puntung

  • Digunakan untuk kayu, rokok, dan sebagainya yang berlebih daripada yang terbakar.   
  • Contoh Ayat: 
  • Kebakaran itu berpunca daripada sepuntung rokok


Simpulan Bahasa

1. Abang angkat

  • Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri


2. Abang ipar

  • Abang kepada isteri atau suami seseorang


3. Abang kandung

  • Abang seibu dan sebapa


4. Abu jahal

  • Orang yang suka menghalangi usaha yang baik


5. Abu nawas

  • Orang yang bijak melepaskan diri


6. Ada angin

  • Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan


7. Ada bakat

  • Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang


8. Ada bukti

  • Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa


9. Ada hajat

  • Mempunyai keinginan atau maksud


10. Ada hati

  • Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan


11. Ada jalan

  • Ada cara untuk melakukan sesuatu


12. Air muka

  • Wajah atau rupa seseorang


13. Ajak-ajak ayam

  • Tidak sungguh-sungguh mempelawa


14. Akad nikah

  • Perjanjian dalam perkahwinan


15. Akal kancil

  • Orang yang cerdik dan pandai menipu


16. Alas cakap

  • Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan


17. Alas dulang

  • Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang


18. Alas meja

  • Kain penutup meja


19. Alas perut

  • Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar


20. Ambil angin

  • Bersiar-siar


21. Ambil berat

  • Memberikan perhatian


22. Ambil hati

  • Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain


23. Ambil masa

  • Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa


24. Anak angkat

  • Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri


25. Anak bapa

  • Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga


26. Anak beranak

  • Sekeluarga


27. Anak buah

  • Orang yang di bawah jagaan seorang ketua


28. Anak buangan

  • Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga


29. Anak cucu

  • Keturunan; zuriat


30. Anak dara

  • Gadis yang belum berkahwin


31. Anak dayung

  • Orang yang mendayung perahu


32. Anak emas

  • Anak kesayangan


33. Anak haram

  • Anak luar nikah


34. Anak kembar

  • Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan


35. Anak sulung

  • Anak yang tertua atau pertama


36. Angin-angin

  • Khabar yang belum tentu benar salahnya


37. Angin berkisar

  • Berpaling tadah


38. Angin buritan

  • Angin yang mengikut arah perahu


39. Angin gila

  • Kelakuan yang tidak tentu arah


40. Angin lalu

  • Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya


Saturday, 1 December 2012

Siapa bilang jadi cikgu senang.....


MESRA…hubungan guru, pelajar serta ibu bapa perlu mesra supaya segala masalah boleh diselesaikan dengan profesional.
PERHUBUNGAN guru dan pelajar yang dulunya berlangsung secara harmonis, saling menghormati serta mendapat pengiktirafan masyarakat, kini semakin berantakan.

Bukan saja pelajar dilanda masalah disiplin guru juga semakin mula menunjuk lagak dengan tindakan membelakangkan nilai kemanusiaan dan kewarasan.

SAYANG…guru perlu menyayangi pelajar dan mengenepikan masalah serta bertindak matang untuk menjalankan tugasan diamanahkan.

BINCANG…sekiranya ada masalah, berbincanglah dan jangan memendam perasaan sendirian.

Dan masyarakat pula mula diasak pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai nilai serta kredibiliti guru. “Adakah guru boleh mendidik?”, “Guru sudah hilang akalkah hingga sanggup mendera dan menghukum pelajar seperti haiwan?” serta pelbagai lagi persoalan yang memerlukan jawapan segera.

Malangnya, semakin banyak salah laku guru didedahkan, masih ada yang berani berterusan menongkah arus dengan mengambil jalan penyelesaian sendiri seolah-olah tragedi yang berlaku tidak mampu meninggalkan peringatan.

Persoalannya, mengapakah guru masih tidak mahu mengambil iktibar? Adakah keberanian itu kerana berasa diri kebal dengan status terhormat yang diberikan masyarakat ataupun dibelenggu faktor lain hingga menjadikan mereka bertindak tanpa kewajaran.

Bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata masyarakat seharusnya memahami guru hanya manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

Menurutnya, status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan manakala secara khususnya, mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran.

“Apabila masyarakat menggunakan status guru dalam membuat penilaian, secara tidak langsung membabitkan keseluruhan golongan berkenaan. Dengan kata lain, kalau seorang bermasalah, semuanya seolah-olah melakukan kesalahan serupa dan patut dihukum.

“Sedangkan yang bermasalah hanya seorang dua. Hakikatnya, mereka tetap sama seperti orang lain yang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan cabaran masing-masing,” katanya.

Kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan profesionalisme golongan terbabit.

Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi.

Beliau berkata masyarakat boleh menyalahkan guru yang bersalah, namun perlu adil membuat penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian.

Akuinya, ada guru berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.

“Dunia pendidikan hari ini tidak sama seperti dulu. Cabaran keterlaluan bukan saja persekitaran tapi sikap segelintir masyarakat yang bongkak serta lepas tangan menjadikan guru seperti ditindas.

“Masyarakat tidak boleh memaksa untuk memenuhi kehendak mereka secara total, malangnya berapa ramai mahu memahami? Kesudahannya apabila sentiasa ditekan dan tertekan, mereka boleh hilang pertimbangan.

“Apabila timbul isu membabitkan guru, masyarakat pula memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti. Ini menambah lagi beban guru yang sudah sedia terbeban,” katanya mengakui cabaran besar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat.

“Malangnya dalam memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah tekanan memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru pasti sukar ‘bernafas’.

“Jadi mengapa masyarakat tidak mahu memudahkan tugasan itu dengan bersama menggembleng usaha dan memberi ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab? Saya percaya cara itu dapat membantu mereka lebih berdaya saing dan kurang tekanan,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur ada guru mempunyai emosi tidak stabil, bercelaru dan memerlukan rawatan sama ada berbentuk dorongan psikologi atau perubatan.

“Masalahnya, mereka berkelakuan normal namun bahaya kepada pelajar. Guru seperti ini memerlukan pemerhatian khusus dan sekolah terutama pentadbiran perlu peka kerana membabitkan soal keselamatan.

“Bagaimanapun, jangan meletakkan kesalahan atau noktah penamat terhadap perlakuan itu. Jika boleh dibantu, hulurkan bantuan ataupun merujuk kepada mereka yang lebih arif dan pakar untuk membantu,” katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan.

Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.

“Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.

“Tekanan demi tekanan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Untuk menyalur atau meredakannya, mereka menzahirkan kepada golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya pelajar menjadi pilihan.

“Malangnya, ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan melambakkan segala tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini ‘tidak makan saman’ menyebabkan guru bagai terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi keadaan meskipun salah,” katanya.

Beliau berharap guru yang berasakan diri bermasalah agar dengan rela hati bertemu kaunselor atau pihak bertauliah untuk meredakan tekanan dan mencari alternatif terbaik untuk mengawal diri.

“Jika berasakan diri bermasalah, jumpa kaunselor untuk mencari penyelesaian. Tidak usah malu dan ketepikan persepsi buruk orang lain demi kebaikan diri sendiri.

“Amat malang sekali imej guru yang selama ini dihormati tercalar gara-gara masalah yang boleh diselesaikan. Dalam hal ini, masyarakat atau pelajar tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka berhak untuk bersuara,” katanya.

Bapa pelajar sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, Izir Ahmad, berkata guru yang melepaskan kemarahan kepada pelajar dianggap tidak profesional dan melanggar batas tanggungjawab diamanahkan.

“Saya akui ada pelajar hari ini sangat degil, namun sebagai guru dan orang dewasa, perlu bertindak secara matang untuk mengawal perasaan. Walaupun perasaan bersifat subjektif, namun ia boleh dibentuk dengan pemikiran positif.

“Sebagai bapa, saya juga gusar melepaskan anak ke sekolah untuk dididik oleh guru bermasalah. Bagaimanapun saya yakin hanya segelintir guru saja yang bermasalah manakala yang lain masih berdedikasi untuk mendidik pelajar menjadi cemerlang,” katanya

Cloth Diaper untuk anak

Keputusan untuk menggunakan Cloth Diaper(CD) adalah suatu keputusan yang besar seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih ‘kesusahan’ walaupun ada yang lebih senang (seperti disposable diapers & susu formula). Dan pastinya keputusan yang anda sebagai ibu (atau bapa) pastinya selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Jika ditanyakan pada empunya badan diri sendiri, mengapa saya berubah kepada Cloth Diaper? Ianya sekadar pendapatan saya, a mom and a nurturer of iki, a blogger tegarlantik sendirik (owh, I just love it!) Jawapannya :
  • Zikry berkulit sensitif dengan semua jenis diapers yg dipakainya (kecuali Mamy Poko, papa garu kepala pokai) Ramai orang merasakan lambat tukar diapers menyebabkan rashes. Tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar menyebabkan rashes. Tak percaya? Gunakanlah CD selama seminggu secara eksklusif. Walaupun anda malas menukar CD (dan biarkannya lenjun basah), tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. (Terbukti pada iki)
  • Mengikut kajian keibubapaan yang dijalankan pada tahun 2007, ibu bapa banyak meng’spend’ duit utk 1.Susu Formula 2.Diapers berbanding insurans, mahupun pendidikan untuk anak anak.
  • Selepas membuat kira kira matematik yg akan saya tunjukkan di bawah, saya bercadang untuk mengubah cara kami sekeluarga membelanjakan wang untuk item no 2. Manalah tau duit tu boleh saya beli handbag,purse, kasut, dan barang2 pink kan..ahaks!
  • Go green, saya cuba membesarkan anak dengan bahan kimia yang minima. (Ada byk lagi cara lain, antaranya makan junkfood di ofis semasa anak di rumah pengasuh..gaga..) Belum ada research dibuat tentang long term efek bahan kimia di dalam diapers terhadap organ reproduktif anak bagaimanapun, terdapat kajian mengatakan bahan kimia tersebut mempunyai efek kepada sistem respiratori anak. Apakah yang terdapat di dalam diapers anak kita?
    – Dioxin, which in various forms has been shown to cause cancer, birth defects, liver damage, and skindiseases, genetic damage, is a by-product of the paper-bleaching process used in manufacturing disposable diapers, and trace quantities may exist in the diapers themselves. Dioxin is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals
    -Tributyl-tin (TBT) – a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals
    – Sodium polyacrylate -If you have ever seen the gel-like, super absorbent crystals in a disposable than you have seen this first hand. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome.Disposable diapers adalah antara penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran, back to nature.
  • Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah… :)Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural kan sepatutnya rasa basah apabila basah? :)
Zikry sudah berumur 11 bulan semasa saya mula fully CD. Akak kat sana tanya, mengapa saya lambat bermula?
  • Semasa iki berusia 2 bulan, saya menerima respons yang kurang baik daripada penjual CD apabila mengetahui yang saya tidak mempunyai pembantu. Katanya CD tidak praktikal untuk ibu bekerja yang kelam kabut hidupnya (seperti saya lah itu :P ). Saya akan eksplenkan walaupun tak ditanya,tentang bagaimana saya meng’handle’ CD walaupun tanpa pembantu.
  • Saya sentap dengan harga CD yang mahal. RM69? RM89? Owh..sungguh saya sentap! Tapi sekarang tidak lagi kerana saya telah menjumpai one size CD (adjustable size) yang berpatutan
  • Saya leka lengah lengah kerana CD sedikit berbeza dengan BF. BF ialah keputusan yang perlu dibuat segera kerana melibatkan apa yang bayi anda makan. CD ialah apa yang anda mahu anak anda pakai. Fahamkah kalian, saya cuba memeningkan anda? Maksud saya, saya enjoy the sweet time memikirkan sama ada saya perlu bertukar kepada CD atau tidak. Begitu juga dengan anda, renung dalam dalam dulu.. CD bermakna komitmen, seperti BF juga..
Sebagai seorang yang rajin mengira, mari kita kira kos memakai diapers dan CD. Kiraan ini adalah untuk bayi seusia Zikry (applicable untuk semua bayi lepas pantang sehingga bayi yang sudah potty training(3 tahun))
  • Sehari iki menggunakan 6 diapers
  • Iki mula menggunakan CD semasa umurnya 11 bulan, maksudnya dia akan menggunakannya selama 25 bulan (sebelum usianya 3 tahun)
  • Harga diaper biasa ialah RM0.50 (untuk brand Drypers, Huggies Dry) dan RM0.84 (untuk brand Mamy Poko). Jika sehari iki menggunakan 5 pcs diapers, kos sehari ialah RM2.50. Kos sebulan ialah RM75 dan kos untuk 25 bulan ialah RM1875 (Ayah Iki sila bulatkan mata anda..ihiks.. ) (Itupun jika iki menggunakan diaper Huggies sepanjang hari) Saya belum mencampurkan kos rashes cream iki
  • Manakala harga cloth diaper berharga RM49 (secara average) dan saya perlu ada sekurang2nya 10 pcs 5 pcs untuk sehari pakai. Maksudnya, jumlah wang yang dikeluarkan ialah RM490 sahaja.
  • Wowwie…penjimatan hampir 80% disitu, kan? Kiraan di atas akan berbeza mengikut usia anak anda, jika anak anda lebih muda dari Iki, maka jumlah penjimatan anda lebih banyak :)
  • CD boleh diturunkan kepada adik adik iki. Jimat in the long run.
Kita beralih ke topik yang lebih menarik iaitu bagaimana saya menguruskan CDs iki CD terbahagi kepada 2 bahagian,
  • pocket pant
  • & insert (yang putih tu)
untuk penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam (bergantung kepada berapa banyak bayi anda pee)
tukar CD setiap kali baby poo..dan apabila CD sudah berat(3-4 jam)
sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
*tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam
(dari jam 10 malam ke 6 pagi)
IMGP2888 (Medium)
ini adalah bahagian dalam CD
*dengan satu insert sahaja
anda perlu memasukkan microfiber insert ke dalam pocket pants
kerana sekiranya insert berhubungan terus dengan punggung anak anda
microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan dan merah merah
(acik cakap pusing pusing ni,kalian fahamkah?)
untuk penggunaan malam hari
*kedua dua insert dimasukkan ke dalam pocket pants
(demi penyerapan yang lebih dan anda tak perlu mangun malam utk menukar CD baby)
semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sekurang kurangnya 3 kali  dengan air paip biasa (tanpa sabun) sebelum menggunakannya
ianya adalah untuk mendapatkan maximum absorbency daripada CD tersebut
(ala, towel baru kan mesti basuh dulu :) )
IMGP2887 (Medium)
Selepas di rendam dan di rinse menggunakan washing machine
‘sunning’ atau jemur CD anda ye
hari pertama iki menggunakan CD di rumah pengasuh/nurseri
beritahu pengasuh, sekiranya bayi anda poo/pee
hanya masukkan CD ke dalam plastik (tidak perlu basuh)
sama seperti apa yang mereka lakukan dengan diapers cuma jangan buang (hoho)
‘bekalkan’ 4 CDs untuk kegunaan anak anda semasa hari siang
semasa menjemput anak anda, bawa pulang plastik hikmat tersebut..hihi
Anda juga boleh menggunakan Lunatots Wetbag yang kalis air untuk mengisi lampin busuk anak anda
Dan sekiranya pengasuh membilas CD anak anda pun tak apa
Sebab wetbag ni kalis air :)
IMGP2885 (Medium)
‘Anginkan’ wetbag untuk digunakan semula esok pagi
IMGP2886 (Medium)
cara pengurusan CD, utk CD yang terkena najis
siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl
IMGP2882 (Medium)
Selepas itu, anda boleh membilas CD yang terkena air kencing dan air besar tersebut sehingga hilang baunya
IMGP2883 (Medium)
wah..membasuh?
susah bunyi nya kan..
biar washing mashine does the job untuk menghilangkan warnanya
(sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda)
IMGP2893 (Medium)
tips tambahan, sekiranya bayi anda poo
warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine
apa yang saya buat, saya letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya
dan buat ‘soak mode’ selama 8 hours
alhamdulillah, kesan kuning semua tertanggal :)
elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian
pada inner (bahagian dalam) CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
dah siap rinse dan spin, sidailah CD anda secara berjamaah di bawah kipas
IMGP2880 (Medium)
sebab saya sidai di dalam rumah,
maka ianya akan mengambil masa semalaman utk kering
inilah rutin harian mommy iki
pagi pagi angkat CD dan lipatkan 3 untuk ‘bekal’ iki di rumah pengasuh pada hari itu
IMGP2891 (Medium)
bagaimana jika bayi anda kecil, dan Lunatots CD ini tidak muat?
jangan risau, ianya mempunyai adjustable button :)
sizecd
selamat ber‘cloth diaper‘ kalian
ianya tak susah, sama seperti breastfeeding
saya berCD & berBF adalah kerana kebaikan cloth diaper & breast milk
tetapi sebab paling utama, saya cuba mengurangkan keburukan & risiko bahan kimia dalam disposable diaper & susu formula :)
anda ibu, anda lebih tahu

Monday, 26 November 2012

Kekajaman Israel Durjana




Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman israel durjana...

Mari kita hayati


Cinta Rasulullah


SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.
Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb’ atau cinta dan kasih-sayang.
Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.
Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, “Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.
Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam suray al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka. Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as: Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)
Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.
Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.
Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)
Rasullulah utamakan umatnya
Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.
Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.
Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”
Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)
Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.
Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: “Kecelakaan ke atas kamu.” Rasululah SAW bersabda: “Dan ke atasmu juga.” Lalu Aisyah mencelah: “Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian.” Rasulullah bersabda: “Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.”Aisyah berkata: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan.” Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.
Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra’uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).
Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: “Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat.” Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.
Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.
Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.
Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”
Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Insya-Allah, minggu hadapan ruangan ini akan mengimbau bagaimana selayaknya kita membalas cinta Baginda.

Wednesday, 14 November 2012

Contoh Rancangan Mengajar Bahasa Melayu Tahun 3


RPH
CONTOH  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                        : 3 Cerdas
Tarikh                         : 16 Mac 2011
Masa                          : 10.10 – 11.10 pagi (60 minit)
Bilangan murid        : 30 orang
Tajuk                          : Keluarga Alif
Objektif                       : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i.              Membaca petikan bertajuk “Keluarga Alif” dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii.            Memberikan maklumat yang tersurat atau tersirat dalam petikan yang telah disediakan.
iii.           Mengenalpasti kata nama khas, kata nama am, kata hubung, kata adjektif, kata kerja, ayat majmuk, ayat tunggal.

Fokus utama :
5.1 Membaca perkataan dengan kuat dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras : 1 (i) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus sampingan :
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat
Aras : 1 (i) menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang pengalaman
sedia ada.

Kemahiran bahasa              : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Sistem bahasa                     :
1.    Morfologi : Kata nama khas, kata nama am, kata hubung, kata adjektif kata kerja
2.    Sintaksis : Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat tanya
3.    Kosa kata : tanggungjawab, mendidik, gotong-royong, cemerlang, beruntung, membimbing
Pengisian Kurikulum          :
a.    Ilmu Kekeluargaan, Biologi, Moral
b.    Nilai murni : hormat-menghormati, bahagia, kasih sayang, bekerjasama
c.    Kemahiran bernilai tambah :
- Kemahiran berfikir : menghubungkait, menganalisis, penyelesaian masalah
- Kecerdasan pelbagai : imaginasi, muzik
- Strategi : kontektual, direktif, metakognitif

Pengetahuan sedia ada :
-       berlaku pada diri sendiri
-       membina ayat
-       mempunyai keluarga sendiri

Bahan Bantu Belajar :
-       Lagu Saujana-Keluarga Bahagia
-       Petikan keluarga Arif
-       Lembaran Pengurusan Grafik
-       Teka silang kata
-       Instrumen Penilaian Kemahiran Menulis


LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN


Set induksi
(5 minit)




Soalan :
1.    Adakah kamu mempunyai keluarga?
2.    Berapakah bilangan keluarga kamu?
3.    Apakah aktiviti yang kamu lakukan bersama keluarga pada hujung minggu?
-       Guru memperdengarkan lagu Keluarga Bahagia dan meminta pelajar menyanyi bersama-sama
-       Guru dan murid bersoal jawab tentang keluarga
-       Guru mengaitkan tajuk pelajaran

BBM:
Lagu Keluarga Bahagia
Lirik lagu
Komputer/LCD
Nilai :
Kasih sayang
Hormat-menghormati


Langkah 1
(15 minit)


Petikan Keluarga Lina
( Rujuk Lampiran A)

-       Murid diperdengarkan bacaan petikan
-       Murid diminta membaca petikan secara beramai-ramai
-       Beberapa orang wakil murid diminta untuk membaca petikan
-       Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan

BBM:
Petikan Keluarga Arif
Strategi :
Direktif
kontekstual


Langkah 2
(20 minit)


Kad-kad Arahan :
( Rujuk Lampiran B )

Kumpulan 1 & 2 :
Menyusun dan menulis ayat-ayat yang sesuai mengikut urutan isi

Kumpulan 3 & 4 :
Membina 5 ayat berdasarkan petikan yang diberikan
-       Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan.
-       Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugasan yang diberi berdasarkan kad-kad arahan
-       Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

KB :
Penyelesaian Masalah
KP :
Verbal linguistik
BBB :
Kad-kad arahan
Strategi :
Kontekstual Metakognitif

Nilai :
Kerjasama
Berkeyakinan

Langkah 3
(15 minit)


Menjawab teka silang kata
( Rujuk lampiran C )
-       Guru mengedarkan borang teka silang kata
-       Guru memberi penerangan kepada murid apa yang perlu dilakukan
-       Guru meminta murid menyelesaikan teka silang kata mengikut urutan nombor yang telah ditetapkan
-       Guru dan murid berbincang jawapan teka silang kata

Strategi :
Kontekstual metakognitif
KB :
Penyelesaian masalah


Penutup
(5 minit)


Penutup kognitif :
1.    Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?
2.    Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini?
Penutup sosial :
1.    Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari
2.    Guru membuat penutup sosial


Kerja rumah : Membuat karangan pendek tentang keluarga saya pada buku kefahaman

Nilai murni :
- Kasih sayang
- Hormat-
menghormati
- Mengenang jasa ayah dan ibu

Refleksi :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Catatan :
____________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Simpulan Bahasa Tahun 3


1. Berita kehilangan Balkis menjadi ............... orang kampung
  •  buah mulut
  •  makan hati
  •  pasang telinga
  •  ringan tulang

2. Hashimi disukai oleh kawan-kawannya kerana dia ................

  •   makan hati
  •   ringan tulang
  •   pasang telinga
  •   buah mulut

3. Kamariah ................ di belakang pintu untuk mendengar perbualan orang tuanya.

  •  pasang telinga
  •  buah mulut
  •  makan hati
  •  ringan tulang

4. Perbincangan untuk menyelesaikan masalah syarikat menemukan ...............................

  •  ringan tulang
  •  jalan buntu
  •  pasang telinga
  •  buah mulut

5. Puan Sarimah ................. dengan sikap anaknya yang tidak mendengar kata itu.

  •  pasang telinga
  •  buah mulut
  •  makan hati
  •  jalan buntu

6. ................... yang dikemukakan oleh Puan Mariah akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.

  • Buah tangan
  • Buah fikiran
  • Buah hati
  • Buah mulut

7. Tuan Abdul disayangi oleh para pekerjanya kerana dia .......................

  • ada hati
  • sakit hati
  • murah hati
  • ringan tangan

8. Azami percaya bahawa kejayaan pasti ............. kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.

  • dalam tangan
  • buah tangan
  • terang hati
  • besar hati

9. Fakri ................ supaya ayahnya membelikannya kereta kawalan jauh.

  • mencari akal
  • mengambil hati
  • memberi peluang
  • mengatur langkah

10. Fakhrul .................. apabila melihat kotak mainannya diselongkar oleh adiknya.

  • hati batu
  • ada angin
  • berat hati
  • naik darah

11. Rumah Mak Hani tidak dikunjungi kanak-kanak kerana dia ..................

  • tangkai jering
  • ringan tulang
  • makan hati
  • berat hati

12. Mohd Saiful membawa ...................... semasa melawat kawannya di hospital.

  •  ada hati
  •  terang hati
  •  buah fikiran
  •  buah tangan

13. Sikap Arif yang suka ............ menyebabkan dia dibuang kerja.

  • berat mata
  • buruk siku
  • curi tulang
  • mulut murai

14. Aliza .............. kepada Pak Amat dan Mak Jah.

  • anak angkat
  • buah hati
  • anak gahara
  • isi hati

15. Ravi .................. apabila melihat bayangan yang menyeramkan itu muncul di kaca televisyen.

  •  cari akal
  •  kaki rambu
  •  kering darah
  •  tawar hati

Bahasa Jiwa Bangsa






Kebersihan


Siapa yang tak kenal benda ni?



Terlalu banyak kegunaannya. Tanpa dia kita akan sengsara dan kebersihan pasti tiada dalam kamus hidup kita andai air tiada. Kita boleh lakukan pelbagai perkara dengan air demi menjaga kebersihan

         


Makanan Seimbang


Kehidupan yang sihat memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Hidup ini bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup.

Dengan keseimbang ini maka, badan kita akan terpelihara dari penyakit-penyakit yang berbahaya.

assignment oh assignment

assignment oh assignment, kerana kau tidurku tak lena, kerana kau lenaku tak panjang dan kerana kau juga aku berhempas pulas. besar sungguh penanganmu terhadapku. namun walau sehebat manapun penanganmu, akan tetap kutempuh...semoga Allah membantuku