Wednesday, 14 November 2012

Makanan Seimbang


Kehidupan yang sihat memerlukan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Hidup ini bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup.

Dengan keseimbang ini maka, badan kita akan terpelihara dari penyakit-penyakit yang berbahaya.






Kesihatan itu merupakan kekayaan bagi manusia.Bahkankata badan sihat,otak cerdas.Maka,pemakanan seimbang adalah salah satu langkah yang effetik untuk menjamin kesihatan.Dengan itu,kita boleh merujukan kepada piramid makanan yang merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.Makanan yang seimbang perlu mempunyai 5 kumpulan nutrient seperti karbohidrat,protein,lemak,vitamin,serat dan galian yang terdapat dalam paras-paras berbeza piramid makanan.
                                          
Terdapat 4 paras dalam piramid makanan.Mari kita melihat gambar rajah di bawah.Paras1 merupakan kumpulan karbohidrat dan galian serta digalakkan makan dengan terbanyak.Ia juga membekalkan merupakan sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti .Contohnya,nasi,mi,roti,bijirin,ubi. Paras2 ialah kumpulan serat dan digalakkan untuk makan banyak.Ia merupakan sumber serat untuk membantu system penghadaman dan mengelakkan sembelit.Contohnya,buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

                        
Paras3 ialah kumpulan protein dan vitamin.Ia digalakkan untuk makan serdehana.Ia merupakan sumber amino acid untuk pertubuhan sel dan tisu-tisu baru untuk badan.Contohnya:ikan,daging,susu,telur. Paras4 ialah kumpulan lemak.Ia digalakkan makan paling sedikit.Ia merupakan sumber tenaga yang tersimpan dalam badan.Contohnya:minyak,marjerine
   
                                                              
                                              

                                 

Kesihatan kita akan dijamin jika mengikut piramid makanan.Selain itu,buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang juga merupakan pilihan yang tepat dan sihat untuk kita.Kaedah penanaman organik adalah semula jadi iaitu tanpa sebarang bahan kimia ,racun perosak,baja organik.Maka,pengguna perlu memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah selamat dimakan dengan mengendalikan cara memilih, menyimpan, menyediakan yang betul .Ini untuk mengelakkan zat buah-buahan dan sayur-sayuran  daripada kehilangan. Akhir kata, corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.Oleh itu,marilah kita sama-sama untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang demi jaminan kesihatan sendiri.

1 comment:

  1. Tahniah Kak Jem. Blog Kak Jem menarik. Teruskan.
    Bersama-samalah kita menjaga pemakanan supaya badan sihat.

    ReplyDelete