Siapa yang tak kenal benda ni?
Terlalu banyak kegunaannya. Tanpa dia kita akan sengsara dan kebersihan pasti tiada dalam kamus hidup kita andai air tiada. Kita boleh lakukan pelbagai perkara dengan air demi menjaga kebersihan
Pakaian
Anda mesti pastikan pakaian sentiasa bersih dan kemas setiap hari.
Pakaian terutamanya pakaian seragam sekolah haruslah ditukar sekurang-kurangnya dua hari sekali.
Pakaian biasa perlu ditukar setiap hari, apatah lagi kalau anda bermain atau menjalankan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.
Pakaian seragam haruslah diseterika kemas dan kasut sekolah pula haruslah sentiasa bersih.
Stokin mestilah ditukar apabila sudah kotor, lembap, atau berbau. Jika tidak, kaki anda akan dijangkiti kulat.
Begitu juga dengan pakaian seragam lain seperti tali leher, skaf/tudung haruslah sentiasa bersih dan tidak berbau.
Kebersihan tubuh
Ini amat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat dan tidak dijangkiti penyakit
Pastikan kuku anda sentiasa kemas dan pendek.
Rambut juga pastikan sentiasa pendek. Bagi perempuan yang berambut panjang, pastikan anda membuat tocang.
Untuk mengelakkan kelemumur atau kutu, pastikan anda membasuh rambut dengan syampu setiap hari.
Jangan sesekali berkongsi sikat dengan rakan atau adik-beradik.kerana ini akan memudahkan jangkitan misalnya kutu dan sebagainya.
Rambut haruslah disikat rapi dan bagi pelajar lelaki, pakai minyak rambut supaya nampak kemas.
Gosok seluruh badan dengan sabun semasa mandi, terutamanya di celah-celah ketiak dan kelengkang.
Selesai mandi, lap badan sehingga kering, dan cuci telinga dengan berhati-hati.
No comments:
Post a Comment